Rabu, 23 September 2009

Selamat Hari Raya

mana lebih bahaya kereta dan motosikal atau mercun?
mana lebih banyak membunuh ?
mercun atau kereta dan motosikal?
berapa orang mati kerana main mercun ?

sifar – zero – null – rien – kosong.?
berapa mati kena langgar ?

117 orang.

kematian ini lebih banyak dari kematian di afghanistan dan iraq.
kematian ini lebih banyak dari arab yang dibunuh oleh zionis israel.
adakah op sikap ini satu satunya cara untuk menghindarkan kematian dijalan raya?

adakah cara lain yang boleh difikirkan?

kalau mercun di haramkan
kenapa kereta dan motosikal yang banyak membunuh tidak diharamkan?
kenapa tidak diwujudkan sistem pengangkutan awam yang baik?
apakah kerana nak sokong industri kereta dan motosikal maka
anak-anak muda bergelempangan dijalan raya?

Rabu, 9 September 2009

Mee Udang Pulau Aman

Udang fresh yg besar lagi best. Spesis apa ntah.

Mee goreng udang


Nasi goreng udang


Paling famous, mee udang Pulau Aman



Sluuurrrpppp!!!





Selasa, 8 September 2009

Kenaikan Harga Minyak Disambut Penuh Kesyukuran


Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.
Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.
Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".
Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."
Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."
Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."
Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh. hahahaha mcm2 ada.....

Khamis, 3 September 2009

Berbuka Apa Petang Ini?


BERBUKA APA PETANG INI?
bagaimana agaknya petang ini di jenin
bagaimana agaknya petang ini di gaza
bagaimana agaknya petang ini di jalalabad
bagaimana agaknya petang ini di kabul
berbuka puasa apa petang ini di baghdad?
mereka yang di bagram
mereka yang diguantanamo
mereka yang di evin
mereka yang di kamunting
agaknya pukul berapa mereka bersahur?
sebelum memakan sebutir tamar
sebelum meneguk secangkir serbat
sebelum menggigit seketul apam
sebelum menghisap sebatang keretek
ketika berbuka petang ini
ketika memandang juadah terhidang
ketika menunggu loceng berbunyi
ketika siang berganti senja
tanyakan pada diri...
apa dia berbuka di kamunting?
apa dia berbuka di guantanamo?
apa dia dia berbuka di evin?
apa dia berbuka di bagram?
selesai bertanya nikmatilah juadah...