Cerita Satu - Handphone Bunuh Diri.
Hari khamis, 29hb Julai 2010. Dalam kelam-kabut nak balik ke kampung hanphone aku telah menyelinap masuk ke poket seluar kerja aku. Akibatnya dia telah mati lepas didalam mesin basuh. Kematian diklasifikasikan sebagai bunuh diri. Aku pulak minggu ni kena la pi beli hanphone baru.
Cerita Dua - Kenduri Tahlil, Bacaan Yassin & Doa Selamat.
Hari sabtu, 31hb Julai 2010. Semuanya ini diadakan sempena kedua org tua aku masuk rumah baru di Kampung Permatang Simpor, Bandar Baharu, Kedah. Kebetulan pulak 31hb adalah hari lahir aku yang ke
p/s: thanks to hazari & wife, juga kepada pak aji yg sudi datang. Yg lain tak datang sebab tak sempat nak jemput. Kenapa?? Sila rujuk Cerita Satu diatas. Betapa susahnya hidup dengan hanphone yg tak ada nombor kengkawan.
Cerita Tiga - Cameron Highland.
Hari Ahad, 1 Ogos 2010. Yang ni paling best, on the way nak balik KL singgah Cemeron Highland (CH) nak minum teh tarik kat BOH Sg Palas & Cameron Bharat. Tak tau nak cakap apa la tapi aku memang suka pi CH nie. Kenapa? Aku pun tak tau. Sebelum balik kampung dulu aku dah plan nak kesana. Kebetulan pulak sejak 3-4 minggu lepas CH agak famous dalam rancangan2 berbentuk penyiasatan alam sekitar di TV3. Plan aku naik nak minum teh kat BOH Sg Palas lepas tue on the way turun singgah lagi minum di Cameron Bharat / Cameron Valley. Trip bermula pukul 8.00 pagi dari Kpg Permatang Simpor dan berakhir pada pukul 9.30 malam di Bt Caves. Kali terakhir ke CH berdua tapi hari ini kesana bertiga dengan Thaqeef. Plan hujung tahun ni lagi sekali family trip ke CH jika ada cuti lagi dan tak jadi trip ke Singapura.