Selasa, 23 Disember 2008

Secawan Kopi 'O' Panas Untuk Hari Yg Malas


Besok nak cuti panjang, hari ni last day kerja.

Selasa, 16 Disember 2008

Insuran,Cukai Jalan, Rebet Tunai & Kapitalis Celaka


Hari ini aku memperbaharui insuran motosikal aku sebab dah tamat tempoh. Biasanya seblm ini insuran cuma kena dlm rm30+ saja tapi hari ni kena dekat rm90+ pulak. Aku tanya uncle jual insuran tu dia ckp syarikat dah naikan premium 110%. Ingatkan dpt rebet tunai ni boleh la nak beli kabinet tv tapi tup2 byk pulak nak kena tambah. Kalau pihak pemerintah tak bg rebet mungkin gerombolan2 kapitalis ni tak naikan premium insuran kan? Celaka punya kapitalis, diaorang ingat dgn setahun sekali bagi anak yatim atau org cacat makan dah lepas kot tanggungjawab sosial diaorg? Kapitalis tetap kapitalis.

Ahad, 14 Disember 2008

Mesin Layan Diri


Mesin kopi layan diri, masukan 70sen; tekan butang lepas tu kopi siap dlm cawan kertas. Kalu dulu2 masa aku budak kt pekan BM ada dua tempat saja yg ada mesin ni. Satu di hospital BM dan lg satu kat stesen keretapi BM. Tadi masa aku guna mesin ni aku silap tekan kot sampai dpt kopi ais tanpa gula. Pahit berdengung tapi minum jugak la sebab dah beli.

Jumaat, 5 Disember 2008

Selamat Menyambut Aidiladha.


Raya haji tahun ni balik Masjid Tanah kampung wife aku.