Khamis, 31 Disember 2009

Gula-Gula


Gula oh gula. Dulu cakap tak naik harga, tau-tau esok pagi dah naik 2 kupang. Dulu sekilo RM1.45, esok sekilo RM1.65. Kalau dulu segelas kopi 'o'di KL dalam RM1.00 - RM1.30 tak lama lagi jadi RM1.30-RM1.50.
Gula naik harga semua barang guna gula akan naik harga. Hadiah tahun baru untuk semua.

Khamis, 17 Disember 2009

Malas betul la!



Malas betul la! Orang buat blog, aku nak buat jugak tapi malas nak update. Dari raya melayu sampai dah nak raya orang putih dah baru nak update. Sorry la...

Rabu, 23 September 2009

Selamat Hari Raya

mana lebih bahaya kereta dan motosikal atau mercun?
mana lebih banyak membunuh ?
mercun atau kereta dan motosikal?
berapa orang mati kerana main mercun ?

sifar – zero – null – rien – kosong.?
berapa mati kena langgar ?

117 orang.

kematian ini lebih banyak dari kematian di afghanistan dan iraq.
kematian ini lebih banyak dari arab yang dibunuh oleh zionis israel.
adakah op sikap ini satu satunya cara untuk menghindarkan kematian dijalan raya?

adakah cara lain yang boleh difikirkan?

kalau mercun di haramkan
kenapa kereta dan motosikal yang banyak membunuh tidak diharamkan?
kenapa tidak diwujudkan sistem pengangkutan awam yang baik?
apakah kerana nak sokong industri kereta dan motosikal maka
anak-anak muda bergelempangan dijalan raya?

Rabu, 9 September 2009

Mee Udang Pulau Aman

Udang fresh yg besar lagi best. Spesis apa ntah.

Mee goreng udang


Nasi goreng udang


Paling famous, mee udang Pulau Aman



Sluuurrrpppp!!!





Selasa, 8 September 2009

Kenaikan Harga Minyak Disambut Penuh Kesyukuran


Kenaikkan harga minyak disambut penuh kesyukuran

Kuala Lumpur, 1 Sept - Awal pagi lagi stesyen minyak sekitar Lembah Kelang di kunjungi oleh ramai pengguna kenderaan yang berpusu pusu untuk mendapatkan bekalan minyak dengan harga baru. Harga RON97 dinaikkan kepada RM2.00/liter, manakala RON95 pula akan naik kepada RM1.80/liter, bermula hari ini.
Mereka yang mengunjungi stesyen minyak kelihatan melonjak-lonjak kegembiraan dengan pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat pada lewat petang semalam.
Pengguna bersyukur dengan kenaikan tersebut dan dengan langkah itu maka berakhirlah masalah kemarau harga minyak yang melanda negara sejak berhari hari lamanya.
Antara pengunjung stesyen minyak yang ditemubual, Sharifah Rozana, 35, berkata,"Langkah ini adalah langkah hebat. Saya rasa bersyukur. Sekurang-kurangnya suami saya akan kembali menggunakan motosikal untuk berulang alik ke tempat kerja. Dapatlah saya guna kereta untuk menghantar anak ke sekolah. Saya berharap agar harga dinaikkan lagi agar suami saya naik bas dan dia akan tinggalkan motosikalnya di rumah, untuk saya guna".
Sementara seorang kakitangan Kilang yang enggan namanya di dedah berkata, "Saya sebenarnya dah lama tunggu kenaikan harga minyak ni. Bila harga baru di sebut, saya terus datang ke stesyen minyak untuk mendapatkan bekalan. Alhamdulillah, doa saya termakbul akhirnya. Dengan kenaikan harga minyak ini dapat lah saya merayakan hari raya tahun ini dengan serba sederhana dan tidak berlebih lebihan seperti tahun lepas."
Samion bin Songkreng, 43, yang bekerja sebagai pencuci tandas berkata, "Dengan kenaikan harga minyak ini, dapat lah saya menumpukan perhatian saya pada kerja. Sebelum ini saya selalu ponteng dan bersiar-siar naik motosikal bersama kawan ketika waktu kerja. Malam tadi, majikan sudah pun menghubungi saya dan dia mengucapkan tahniah kepada saya. Beliau cukup perihatin."
Manakala seorang pembonceng motosikal yang berjaya di temubual, En. Harun bin Jamian, 25, yang berkerja sebagai tukang masak berkata, "Tak payah interview saya .... Saya tak beli minyak bang, saya tumpang motor kawan jer. Tapi bang, Minyak naik tak apa asal jangan kena selsema babi."
Wartawan kami sempat menemubual seorang kakitangan asing, warga Bangladesh, berkata,"Bahasa Malaysia, shaya tak tau shakap. Bos shakap 'Merah', 'Hizau' minyak lama, 'kuning' minyak baru. Abang berapa mahu isi?. Abang beli bendera RM1.00 satu. Terima kasheh. hahahaha mcm2 ada.....

Khamis, 3 September 2009

Berbuka Apa Petang Ini?


BERBUKA APA PETANG INI?
bagaimana agaknya petang ini di jenin
bagaimana agaknya petang ini di gaza
bagaimana agaknya petang ini di jalalabad
bagaimana agaknya petang ini di kabul
berbuka puasa apa petang ini di baghdad?
mereka yang di bagram
mereka yang diguantanamo
mereka yang di evin
mereka yang di kamunting
agaknya pukul berapa mereka bersahur?
sebelum memakan sebutir tamar
sebelum meneguk secangkir serbat
sebelum menggigit seketul apam
sebelum menghisap sebatang keretek
ketika berbuka petang ini
ketika memandang juadah terhidang
ketika menunggu loceng berbunyi
ketika siang berganti senja
tanyakan pada diri...
apa dia berbuka di kamunting?
apa dia berbuka di guantanamo?
apa dia dia berbuka di evin?
apa dia berbuka di bagram?
selesai bertanya nikmatilah juadah...

Sabtu, 22 Ogos 2009

Panas! Panas!


Panas! Panas! Panasnya hari ini....

Selamat Menyambut Ramadhan


Selamat menyambut Ramadhan untuk semua kawan2. Untuk yg 'habitually' tak posa bawak2 la berposa.

Isnin, 3 Ogos 2009

Tragedi An-Naksah Lengkapi Penaklukan Israel di Bumi Arab

Oleh DR. HAFIDZI MOHD. NOOR

EMPAT puluh dua tahun lalu, pada tarikh ini, satu peristiwa bersejarah berlaku kepada dunia Islam. Tanggal 5 Jun 1967 menyaksikan Israel melancarkan operasi ketenteraan secara besar-besaran ke atas Republik Arab Bersatu (Mesir), Jordan dan Syria secara serentak.

Peperangan yang dikenali dalam sejarah konflik Asia Barat sebagai "Perang Enam Hari" itu berakhir pada 10 Jun 1967.Dalam tempoh itu, Israel berjaya menewaskan tiga negara Arab walaupun negaranegara itu turut dibantu oleh Arab Saudi, Iraq, Algeria, Tunisia, Sudan, Somalia, Maghribi, Mauritania, Yemen, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu, Oman dan Qatar dengan membekalkan askar dan kelengkapan tentera.

Mesir menerima pukulan paling dahsyat apabila lebih 10,000 askarnya terkorban. Angkatan udaranya musnah sama sekali apabila kira-kira 300 jet pejuangnya diranapkan oleh tentera Israel dalam serangan mengejut.

Apabila serangan berakhir, Israel menguasai Tebing Barat, Genting Gaza, Baitulmaqdis Timur, Tanah Tinggi Golan dan Semenanjung Sinai. Dalam serangan itulah Masjid Al-Aqsa ditawan, sehinggalah ke hari ini.Kekalahan besar yang amat memalukan seluruh dunia Arab dan Islam itu diperingati sebagai "Hari An-Naksah" (Hari Kekalahan). Ia adalah tragedi besar kedua menimpa umat Islam dan dunia Arab khususnya.

Pertama ialah "Hari An-Nakbah" (Malapetaka) yang berlaku pada 15 Mei 1948. Peristiwa itu membawa kepada penubuhan negara Israel di atas 77 peratus tanah Palestin yang dirampas. Peristiwa An-Nakbah dikaitkan dengan pengusiran 800,000 rakyat Palestin yang kini menjadi pelarian di Syria, Jordan, Lubnan dan Mesir (Gaza).

An-Naksah pula melengkapkan penaklukan Israel ke atas keseluruhan tanah Palestin dan status qou itu berterusan sehingga kini.

Mesir semasa era Presiden Anwar Sadat berjaya membuat kejutan dengan menyerang kedudukan tentera Israel di Semenanjung Sinai dalam "Perang Oktober 1973" atau "Perang Ramadhan". Kemenangan Mesir bagaimanapun tidak dapat disempurnakan apabila AS campur tangan dan satu gencatan senjata dilaksanakan.

Pertimbangan politik oleh Mesir itu akhirnya membuka laluan kepada termeterainya perjanjian damai Mesir-Israel 1978. Perjanjian damai Camp David itu mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir.

Namun harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Palestin khususnya di Gaza berterusan. Perjanjian itu menyaksikan Mesir mengiktiraf Israel dan bertanggungjawab menjamin keselamatan entiti Israel terutama di Genting Gaza.

Jika laluan di Rafah ditutup sehingga rakyat Gaza yang cedera dalam serangan akhir tahun lalu dan awal tahun ini tidak dibenarkan menyeberang untuk mendapat rawatan di Mesir, ia adalah kesan daripada 'perjanjian damai Mesir-Israel pada 1978 itu.

Apakah reaksi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)? Seperti yang dijangka, PBB bersidang dan meluluskan Resolusi 242 yang mengkehendaki Israel berundur ke garisan hijau yang diputuskan oleh Perjanjian Rhodes pada 1949.

Ini bermakna Israel perlu keluar dari semua wilayah yang didudukinya pada Jun 1967. Pendudukan ke atas wilayah Palestin di Tebing Barat, Genting Gaza dan Baitulmaqdis Timur adalah pendudukan haram. Bagaimanapun Israel tidak mempedulikan resolusi tersebut dan juga resolusi-resolusi lain.

Bagi Israel, PBB adalah sebuah pertubuhan yang "tidak berkuku dan bertaring". Ia berasa kuat selagi AS berada di sampingnya.

Hari An-Naksah juga menandakan tarikh Masjid Al-Aqsa ditawan oleh tentera Zionis. Sejak itu, ia terdedah kepada ancaman dan perbuatan keji Zionis. Ia termasuk peristiwa masjid itu dibakar pada 21 September 1969 yang diingati sebagai "Hari Al-Quds" setiap tahun.
Zionis juga menggali terowong-terowong rahsia di bawah masjid itu bertujuan melemahkan tapaknya. Kumpulan ekstremis Zionis turut merancang merobohkan masjid itu dan mendirikan synagogue (kuil) yang mereka namakan Haikal Sulaiman.

Pada September 2000, lebih 1,000 askar Israel memasuki kawasan masjid untuk membangkitkan kemarahan rakyat Palestin dan umat Islam. Peristiwa biadap itu mencetuskan "Intifada".

Selain itu, rejim Zionis juga melaksanakan agenda me-Yahudikan kawasan masjid itu dan Baitulmaqdis Timur. Rumah-rumah penduduk Palestin dirobohkan, tanah mereka dirampas, mereka diusir dan status pemastautin mereka dibatalkan.

Israel kemudian membina unit-unit apartmen dan perumahan eksklusif untuk pendatang haram Yahudi di situ.

Pembinaan tembok pemisah di Tebing Barat yang kini menjangkau 800 kilometer panjang membuktikan usaha Israel mengepung rakyat Palestin dan menyukarkan mereka menziarahi Masjid Al-Aqsa. Inilah jenayah yang terus menjadi agenda Israel di Palestin.

Hari ini Israel terus berdolak-dalik dengan penyelesaian dua negara (two-state solution). Perdana Menterinya, Benjamin Netanyahu tanpa rasa bersalah menolak penyelesaian dua negara itu dan juga usaha mewujudkan negara Palestin.

Sikap itu diambil meskipun semua perjanjian damai yang ditandatangani bersama Fatah sejak Perjanjian Oslo 1990 berdasarkan kepada Resolusi 242 yang diluluskan pada 1967.

Jika inilah pendirian yang dipertahankan oleh Israel, apakah dunia masih meletakkan harapan kepada "penyelesaian dua negara" itu?

Mungkin sudah tiba masanya dunia menimbang formula yang ditawarkan oleh Hamas iaitu Israel berundur dari wilayah yang didudukinya sejak 1967, menghentikan kepungan ke atas Gaza dan membentuk gencatan senjata jangka panjang tanpa perlu Palestin mengiktiraf kewujudan Israel.

Namun bersediakah Israel mengiktiraf negara Palestin? Hakikatnya mereka adalah perampas tanah Palestin dan kewujudan Israel di atas tanah yang dirampas sejak 1948 itu adalah kewujudan haram.

Maka pilihan yang terbaik ialah akur kepada Resolusi 242 dan mana-mana resolusi yang berkaitan seperti Resolusi 338. Kemudian bersetuju dengan gencatan senjata panjang.
Sekurang-kurangnya keamanan ke atas wilayah bergolak itu dapat diwujudkan buat sementara waktu sehingga masyarakat antarabangsa mencari ruang kepada pelaksanaan pelan penyelesaian yang berkekalan.

PENULIS ialah Pengarah Pusat Kecemerlangan Palestin (PACE).

Isnin, 20 Julai 2009

Bahasa Bodoh Sombong

Adalah karut untuk memantapkan pembelajaran bahasa – bahasa apa sahaja – melalui ilmu hisab dan sains.Sesiapa yang memiliki pandangan : kalau ilmu hisab dan sains di ajar dalam bahasa Inggeris maka seseorang itu akan hebat bahasa Inggerisnya – orang ini sudah nyanyuk.Untuk pembelajaran bahasa caranya ialah melalui sastera.
Untuk fasih berbahasa Inggeris - yang memantapkan pengunaan bahasa Inggeris ialah pengkukuhan pembelajaran sastera yang di garap dalam bahasa Inggeris. Begitu juga untuk bahasa China, Arab dan lain-lain.Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru.
Ini hakikat.Pandangan yang mengatakan pembelajaran ilmu hisab dan sains dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu mitos dan pembohongan besar.
Ini buktinya : Seluruh rakyat Amerika, seluruh rakyat New Zealand, seluruh rakyat Australia, seluruh rakyat Canada dan seluruh rakyat Ireland adalah manusia-manusia yang paling bijak dalam dunia. Ini kerana dari hari mereka dilahirkan lagi mereka telah menggunakan Bahasa Inggeris dalam pembelajaran ilmu hisab dan sains.Tetapi hakikatnya tidak. Walau pun mereka belajar ilmu hisab dan sains dari kecil lagi – kalau dalam satu sistem ekonomi dan sistem pembelajaran yang tidak adil maka berjuta-juta warga masih buta huruf, bebal dan terpinggir.
Pelik ? Amat pelik.Fakta yang menjolok mata ini tidak pernah sampai ke otak orang-orang yang mengajukan ilmu hisab dan sains wajib di ajar dalam bahasa Inggeris. Mereka gagal untuk melihat wujudnya ‘orang-orang bodoh’ di Amerika, Australia, Canada, Britain dan Ireland.Mereka juga gagal untuk memahami bahawa kemajuan keilmuan ini bukan hanya dimonopoli oleh mereka yang berbahasa Inggeris sahaja.
Keilmuan dalam dunia ini terkumpul dari penemuan dari pelbagai bangsa dan bahasa.Mempelajari satu/dua/tiga/empat malah berpuluh-puluh bahasa adalah kebaikan. Setiap bahasa baru yang dipelajari akan membuka satu dunia yang baru. Ini hakikat.
Saya masih lagi menolak cakap-cakap yang mengatakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Untuk saya Bahasa Melayu ini adalah bahasa strategik untuk perubahan.Perubahan yang gagal berlaku.
Ruang demokrasi masih sempit dalam negara kita ini. Kegagalan ini terjadi kerana para pemikir, pengerak orang ramai, aktivis badan-badan Ngo tidak menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa strategik untuk mengembangkan pandangan molok-molok yang ada dalam fikrah mereka.Mereka berkelintau di sekitar Lembah Klang. Mereka bercakap , berseminar dan menulis kertas kerja yang mereka rayakan sesama sendiri.
Pandangan dan fikrah mereka amat maju dan cukup baik. Tetapi pandangan ini tidak pernah sampai kepada orang ramai. Justeru tidak ada sesiapa pun yang dapat memahami apa yang cuba mereka sampaikan.
Mereka hanya pancut atas perut.
Tidak melahirkan benih perubahan.
Tetapi kenapa kita gila-gila hendak mengajar bahasa Inggeris – seharus – warga dalam negara majmuk ini wajib terlebih awal mengetahui bahasa di sebelah rumah mereka. Kenapa anak Malayu tidak diajar bahasa Mandrin dan Tamil dari awal lagi? Sama seperti anak Cina/India belajar bahasa Melayu.Ini lebih masuk akal untuk kita lebih mengenali dan merayakan kehidupan satu sama lain.
Jika ada manusia Melayu yang menolak pembelajaran bahasa yang bukan bahasa ibundanya maka inilah contoh manusia Melayu sombong bodoh.
Biasanya mereka ini akan berkumpul dengan slogan Hidup Melayu !
Tetapi nama persatuan mereka dalam Bahasa Inggeris.(TT)

Khamis, 16 Julai 2009

Doughnuts vs Keria


Doughnuts! Itu ejaan sebenar utk kuih donut. Ia juga dieja donat atau apa shj yg org menjual tersebut rasa nak eja. Suka hati dia lah. Aku mkn donut ni kat sebuah restoran donut kat midvalley. Harga boleh tahan jugak la. Harga 2 biji donut kt sini boleh beli 15 biji donut yg dijual kat depan apartment aku tinggal. Tapi itu bagi org yg berkira wang ringgit, bagi aku sekali sekala nak buang tebiat apa salahnya.
Donut kt krispy kreme ni bagi aku tak la sedap sangat kalau dibandingkan dgn donut dari big apple, j&co, dunkin atau nash. Nash?? Kalau nak makan donut nash kena la pi ke utara semenanjung di bandar perda. Sebuah kafe donut milik 100% bumiputera muslim. Aku adalah antara yg terpengaruh dgn iklan. Aku kt sini pun nak mencuba selepas selalu membaca iklan tentang donut ni di sebuah akhbar harian percuma milik syarikat induk yg sama dgn kedai donut ni.
Aku berminat nak tahu asal usul donat ni, adakah asalnya dari kedai besar mcm kedai ni lalu diciplak oleh org kita lalu diniagakan di warung2 atau di gerai2 atau sebaliknya. Nak kata dibawa oleh penjajah imperialis inggeris tak tahu la pulak. Tapi yg aku ingat dari dulu sebelum ada byk kafe donut milik pemodal2 asing sudah ada org menjual donut. Begitu juga kuih keria (choq keria), adakah evolusi dari donut atau sebaliknya. Aku pun tak tahu apa2 dan hanya melabun membuang masa aku sendiri kat kafe donut ni.
P/S: Donut yg paling sedap yg aku ingat ada kat jetty butterworth, dulu bila naik feri pi tanjung mak aku selalu belikan aku donut ni. Selepas terminal feri tersebut runtuh aku dah tak tahu apa ceritanya.

Isnin, 1 Jun 2009

ADIL KE TIDAK?

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,

Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu. Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara. Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju. Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30 tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ . ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan. Pendapat anda?

Isnin, 4 Mei 2009

Hutang, Riba & Hukum-Hakam Pemodal

Semua yang wujud dalam alam ini bergerak mengikut hukum alam. Manusia wujud melalui DNA. Bumi ini wujud kerana pertemuan, asakan dan pergumpalan pelbagai bentuk elemen kimia yang terpencar bersepah dalam udara hasil daripada Letupan Besar.Seperti besi berani yang akan terus menghala medannya ke utara, begitu juga hukum hukum alam ini tidak berubah-ubah. Manusia yang memiliki akal akan mencari dan menemui hukum-hukum ini.Penemuan hukum-hakam alam ini menjadikan asas kepada tamadun manusia.
Hukum alam ini tidak akan beralih-alih. Hukum-hakam ini berkecuali, tidak memiliki nilai. Nilai baik atau jahat lahir daripada akal manusia.Madame Marie Curie menemui radium dan menemui cahaya X dalam uranium. Dia juga menemui hukum-hakam uranium. Ciri dan watak uranium tidak pernah berubah.Apabila ditemui ciri dan hukum-hakam uranium, maka akal manusia jugalah yang cuba mengubah hukum-hakam ini sehingga melahirkan bom atom.Kajian hukum-hakam algebra dan ilmu bintang oleh al-Khwarizmi di Baitul Hikmah, Baghdad di zaman Khalifah Al-Mamun berkembang hingga ke hari ini.Hukum ilmu bintang ini berkecuali – hanya kuasa imperial Anglo-Amerika yang menggunakan hukum ini untuk kebejatan dengan meletakkan senjata di atas langit.Kapitalisme juga bergerak mengikut hukum-hakam.
Hukum pertama kapitalisme ialah: untuk mendapatkan keuntungan maksimum. Hukum ini tidak akan beralih-alih. Sama ada kapitalis ini Majusi, Yahudi, Nasrani atau Islam – hukum kapitalis tetap sama.Kapitalisme juga bergerak melalui hutang. Sistem kapitalisme akan runtuh jika hutang dan riba tidak wujud. Kepala jahat yang melahirkan hutang dan riba ini ialah bank. Justeru kita wajib memahami bagaimana bank mula bergerak untuk mendapat keuntungan maksimum.Sebelum kemunculan bank – di zaman kapitalisma kaum pedagang - emas adalah tukaran. Justeru, jika kita menyemak Sejarah Melayu, kita akan terbaca ufti yang dibayar kepada Raja Siam berbentuk Bunga Emas. Kita juga terbaca perkataan perak sebagai wang.
Jika melawat muzium, kita akan akan dapat melihat mata wang lama Alam Melayu – emas dan perak.Para saudagar yang berniaga akan mengupah tukang emas untuk membuat kepingan emas dan perak ini sebagai tukaran membeli-belah.Saudagar akan meninggalkan emas dan perak untuk disimpan ke dalam peti besi tuan kedai. Kepingan emas dan perak ini dijaga rapi. Sebagai tandanya, tuan kedai akan menulis di atas kertas jumlah emas yang tersimpan. Kertas ini cukup berharga. Sesekali si saudagar akan datang melihat emasnya yang tersimpan.
Tuan kedai emas melihat bahawa surat yang ditulisnya telah diyakini umum. Keyakinan ini datang kerana tuan kedai bukan hanya menyimpan untuk seorang saudagar tetapi berbelas-belas. Jika ada si saudagar atau sesiapa yang datang untuk melihat emasnya, tuan kedai akan memperlihatkan emas-emas kepunyaan saudagar yang lain. Keyakinan bertambah.Dari sini hukum kapitalisme bergerak lagi. Contohnya, tuan kedai menyimpan 100 keping emas yang dimiliki saudagar Buluh Kasap. Jika disimpan, maka nilainya tidak bertambah.Justeru tuan kedai telah menulis 200 keping kertas untuk Buluh Kasap. Ertinya, ada seratus keping kertas lebih daripada 100 keping emas. Lebihan kertas ni menjadikan modal saudagar Buluh Kasap bertambah satu kali ganda.Kertas yang ditulis oleh tuan kedai ini diuar-uarkan sama dengan nilai emas yang tersimpan dalam peti besi tuan kedai - inilah asal-usul duit kertas atau bank note. Daripada pengalamannya, tuan kedai tahu bahawa para saudagar ini tidak semuanya akan datang serentak untuk melihat emas simpanan masing-masing.
Justeru, dia boleh memutarbelitkan jumlah kepingan emas yang disimpan.Hukum keuntungan maksimum sistem kapitalis bergerak lagi. Kali ini tuan kedai bukan lagi mengeluarkan kertas kepada si penyimpan emas sahaja tetapi telah berani menjual kertas ini kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar untuk digunakan sebagai modal. Kertas yang dijual ini pastilah telah melebihi daripada jumlah emas yang tersimpan. Perkara ini tidak diketahui umum kerana tuan kedai menyimpan emasnya secara rashia - konon untuk menjaga kestabilan suasana perniagaan.Tuan kedai emas menjadi kaya dengan menjual kertas kosong yang tidak berasaskan emas. Justeru inilah asal-usul bank dalam sistem kapitalisme. Amat jelas bank bermula dengan pembohongan. Pembohongan ini menjadi kukuh kerana adanya keyakinan daripada orang ramai.
Mereka yakin kerana melihat ramai saudagar telah menyimpan emas dengan tuan kedai. Tuan kedai emas ini juga dilihat hebat di kalangan masyarakat kerana memiliki rumah besar, isteri gemuk, makanan sedap, ada babu dan pengawal peribadi.Tuan kedai emas ini akhirnya menjadi pemilik bank. Gejala ini berlaku 500 tahun dahulu. Jika kita membaca karya Shakespeare, kita akan bertemu dengan si Mamat yang bernama Shylock tuan peminjam wang di kota Venice.Shylock ini watak pemilik bank 500 tahun dahulu. Hari ini watak, hukum-hakam dan ciri-ciri seorang pemilik bank tidak pernah berubah. Hutang wajib dibayar. Jika tidak, daging seketul wajib diagihkan.Hari ini, 500 tahun kemudian, asas hukum perbankan tidak pernah berubah tetapi cara pengendalian lebih tersusun. Umum selalu bertanya dari mana datangnya wang. Jawabnya: yang mencetak wang ialah bank. Caranya tidak jauh bezanya daripada amalan tuan kedai emas dahulu.
Contoh: Ada sebuah bank bernama Bank Buluh Kasap yang memiliki modal sebanyak 100 ringgit. Bank ini mendapat pelanggan 10 orang yang menyimpan 100 ringgit seorang. Ertinya bank ini ada 1100 ringgit. Bank ini kemudian memberi pinjaman kepada 10 pelanggan baru. Setiap pelanggan dipinjamkan 200 ringgit. Lihat silap mata! Dari 100 ringgit modal asal, kini menjadi 2100 ringgit. Bank ini sebenarnya tidak memberikan pinjaman duit tetapi kredit. Tidak ada duit bertukar tangan - ini duit atas angin. Tuan punya bank seperti tuan kedai emas tahu bahawa tidak semua pelanggan akan datang serentak untuk mengeluarkan duit simpanan.Bank memungut bunga dan riba – yang dipanggil untung. Duit bunga ini akan terus dipusingkan untuk dipinjamkan lagi. Ertinya duit dalam sistem ekonomi kapitalis lahir daripada hutang dan bunga. Beginilah yang telah dilakukan oleh semua bank. Inilah caranya bagaimana duit muncul dalam pasaran. Sistem bank dalam ekonomi kapitalis bergerak mengikut hukum ini. Dalam masa yang sama, si peminjam diminta memberi cagaran – amalan ini untuk menjamin keuntungan kepada bank. Jika si pelanggan gagal membayar hutang, maka cagaran akan terlupus.
Harus difahami bahawa bank membuat duit bukan melalui cagaran. Bank membuat duit dengan memberi orang berhutang. Cagaran hanya mainan silap mata untuk melahirkan keyakinan. Katakan pada hari Rabu minggu hadapan, semua pelanggan Bank Buluh Kasap ingin mengeluarkan duit - maka tertonggeng dan terkangkang Bank Buluh Kasap! Tidak ada duit sebenarnya dalam bank itu. Yang berpusing-pusing hanya kertas. Tertongeng dan terkangkang inilah yang sedang kita hadapi semenjak September 2008. Bank Northern Rock di Scotland tertonggeng apabila semua penyimpan datang beratur untuk meminta wang simpanan mereka - permulaan hilangnya keyakinan orang ramai terhadap bank. Orang ramai tidak yakin bahawa duit mereka akan selamat. Apabila orang ramai hilang keyakinan, maka silap mata bank akan kantoi. Orang ramai akan berbondong-bondong datang untuk mengeluarkan duit mereka.Bank yang pandai main silap mata kini tidak dapat melakukan apa-apa melainkan mengaku diri mereka bankrap - inilah yang sedang berlaku sekarang.Selama 30 tahun yang lalu, pelbagai bentuk mainan silap mata telah dilakukan oleh bank.
Pemilik-pemilik ban ini telah mempengaruhi para ahli politik untuk melupuskan pelbagai larangan dan rintangan. Mereka memungut riba dan mengumpul harta. Dengan harta kekayaan yang terkumpul hasil daripada memakan riba, para pemilik bank telah memberi sumbangan kepada politikus.Persekongkolan ini cukup intim. Para pemilik bank ini tidak pernah muncul di khalayak umum. Tetapi kepentingan mereka terjamin melalui para politikus yang akan bersuara menjaga kepentingan mereka. Pada 2009, banyak bank telah muflis. Lalu timbul persoalan. Ke mana perginya duit-duit ini? Harta kekayaan tidak hilang, ia hanya bertukar tangan. Duit ringgit milik orang ramai yang tersimpan di bank telah dijadikan modal untuk membuat lebih banyak untung.Keuntungan ini disimpan. Penyimpan duit di bank boleh jatuh muflis, bank boleh diistihar bankrup tetapi tuan empunya bank tidak pernah bankrup.
Ada pelangan akan kalah judi di Genting tetapi syarikat Lim Goh Tong sampai kiamat tidak akan bankrup - ini juga hukum sistem kapitalis.

Ahad, 29 Mac 2009

Mulalah Belajar Berkebun Kalau Ada Tanah Kosong!! (Brader Isham Punya)

Lombong intan berlian yang terbesar di dunia telah ditutup bulan lalu.Lombong di Botswana Afrika Selatan ini adalah pengeluar 70% dari semua intan berlian dalam dunia.De Beers tuan empunya lombong telah memberhentikan beratus-ratus ribu buruh lombong.Di Namibia lombong intan berlian telah juga ditutup.Di Republik Congo seramai 200,000 buruh lombong telah diberhentikan.Lombong yang sama telah ditutup.Pasaran untuk intan berlian telah jatuh. Ini adalah tanda-tanda bahawa orang-orang kaya tidak lagi mahu berbelanja.Hujung minggu ketika puluhan ribu rakyat Malaysia berkumpul di Bukit Gantang dan Bukit Selambau terdapat ratusan ribu para demonstran dari seluruh Eropah juga sedang berkumpul di London. Anarko, punk, rockers, pendakwah, pak aji, vegeterian, lebai church, padri,mahasiswwa, pak cik, mak cik, minah cun, minah bergetah, losers, doopers - semua sedang berkampong disekitar kota London. Ahad , Isnin, Selasa dan Rabu mereka akan menggodam City of London - sarang kapitalis dunia.Mereka datang untuk membaham para bankers dan lintah-lintah darat dari negara G20 yang sedang merancang untuk memufliskan dunia.Zaman meleset telah hampir sampai. Sesiapa ada kerja sila jaga baik-baik. Sesiapa ada duit sila jangan boros. Sesiapa ada masa sila mula membaca cara untuk berkebun dan memilihara ayam itikSesiapa ada tanah sila mula bercucuk tanam.

Sabtu, 28 Mac 2009

Jumaat


Jumaat; penghulu segala hari.Dah lama aku tak ke kawasan org berjual beli di sebelah masjid negara. Biasanya aku dan kawan pakir moto dan masuk melalui pintu tepi berhadapan Pusat Islam tetapi hari ini disebabkan aku keseorangan dan aku dtg awal ke masjid aku dtg ke kawasan berjual beli ini utk mkn tengahari dan membeli kurma padang pasir untuk isteri aku. Macam2 ada kat sini. Dari nasi campur, briani, popiah, rojak, mee sup, kurma, kaca mata, kopiah, tasbih, kain lap kereta, insuran, kitab2 agama dan bermcm lg. Lagi best aku nampak ada beberapa org jurujual bukan beragama islam dari sebuah bank sedang giat mempromosi pinjaman peribadi. Ini menambahkan lagi bukti kdpada aku bahawa jumaat penghulu segala hari yg mana dapat menambah rezeki kdpada mereka yg berusaha. Juga kelihatan promosi kereta korea cop malaya di penghujung kawasan org berjual beli ini. Apa yg paling menarik perhatian aku ialah dalam gambar yg aku curi2 rakam. Kalau tak silap aku ada hampir 5 org yg berjual produk seperti ini; ubat kuat. Dan org dalam gambar yg dirakam ini pada aku adalah yg paling pelik dan mampu menarik perhatian org ramai. Gayanya yg mcm mahaguru silat dgn suara yg nyaring dan dgn segala macam benda yg aku tak paham kenapa patut berada disitu seperti botol kaca, gambar org separuh ikan dan akar kayu menjadikan dia unik. Bukan unik sebab dia berniaga ubat kuat tetapi dia unik sebab berniaga brg sebegini di kawasan org berjual beli sementara menunggu solat jumaat. Kalu berniaga mkn atau brg yg aku sebutkan tadi mungkin biasa tapi kalau sebegini baik tak payah pada pendapat aku la. Ianya mungkin satu pemandangan biasa jika dilihat di Jalan Pasar atau di Lorong Kulit di Penang. Kalau dulu benda2 sebegini biasa dilihat di kawasan Chow Kit atau di kawasan Bus Stand Klang. Di kawasan Bus Stand Klang yg paling aku ingat sebab selalu tunggu bas. Di kawasan ini dulu ada org yg kononya menjual ubat tetapi selepas lama bergebang bkn ubat yg dijual tetapi nombor ekor. Syaratnya mudah, hanya 3 org yg bertuah akan diberi nombor, dan org yg dapat nombor tersebut hanya boleh membeli rm1 sahaja nombor itu. Kalau kena nombor itu wajib derma separuh kepada badan kebajikan, bagus bukan? Akhirnya sipolan yg bersetuju ini akan ikut mereka ke belakang lorong untuk ambil nombor. Kemudian di belakang lorong sipolan ini akan di'pau' oleh mereka yg sebenarnya telah merancang terlebih dahulu. Benda ini terus berlaku dr hari ke hari menjerat setiap org yg lalu di kawasan itu. Pakcik tadi mengingatkan aku pada apa yg aku ceritakan tadi. Tapi dulu di Bus Stand Klang yg paling menyeronokan adalah beberapa pemuda yg menjual minyak wangi, ramai yg mengerumuni mereka; bukan untuk membeli minyak wangi tetapi melihat mereka bermain kugiran. Siap dengan gitar elektrik dan set drum dan speaker.
Di kota Kuala Lumpur kat mana lagi boleh tgk hiburan percuma selain di Central Market. Tapi itu dulu sekarang dah lain. Berbalik pada pakcik tadi aku berminat nak tahu apa yg akhirnya terjadi, sedang asyik menunggu pakcik tu dok bergebang hujan turun selebat-lebatnya membantutkan niat aku dan org ramai untuk tahu apa kesudahan gebang pakcik tadi. Tapi apakan daya, hujan rahmat turun di hari yg berkat ini.

Ahad, 15 Mac 2009

Mohamed Thaqeef bin Mohamed Ezany



Selamat Datang Ke Dunia


Selamat datang ke dunia. Isteri aku selamat melahirkan anak sulung yg pertama di Hospital Selayang pada pukul 3.15pm tadi. Skrg aku dan isteri masih lg dlm dewan bersalin.

Khamis, 5 Februari 2009

Greenwood Oh Greenwood


Bagi sesiapa yg tak tahu Greenwood bukanlah nama sebuah tempat di Amerika atau di bahagian barat kota sejuk London. Ianya adalah sebuah pekan kecil dipinggir kota KL yg mana majoriti penduduknya lebih 90% melayu ( termasuk dr jawa, aceh, minang, boyan, banjar dan pattani ). Boleh dikatakan Greenwood adalah tempat tumpuan dari kawasan sekitar; dari kedai mkn, brg harian, stesyen petrol, tiket bas ekspres ke pantai timur, klinik, dan bermacam2 lg semua boleh didapati disini. Ia juga menjadi laluan masuk utama ke taman2 perumahan dibelakangnya menambahkan lg sibuk pekan ini. Aku juga selalu lepak disini waktu belajar dulu. Bagi yg tahu tentu ingat tempat ini kira2 15 thn dulu sewaktu era kegemilangan bas mini sebagai tempat transit, cuma kini ia masih lg sebagai tempat transit bg rapid KL. Tadi aku terperangkap dlm kesesakan dlm perjalanan pulang ke rumah, walaupun masa telah lama berlalu namun tidak banyak yg berubah disini. Jalan masih sesak macam dulu, dulu tiada lampu trafik tapi kini sudah ada walaupun selalu tak berfungsi. Kalau hujan lebat air akan bertakung atas jalan, jalan akan becak dan bau air longkang masih menusuk hidung. Aku jugak masih sempat mem'blog' dlm kesesakan menuju ke rumah aku. Greenwood oh Greenwood...

Sabtu, 17 Januari 2009

Felda Kat New Zealand?


Felda Kpg New Zealand. Bagi sesiapa yg selalu guna lebuhraya timur-barat antara Karak - Kuantan tentu akan ternampak papan tanda kpg ni. Kalau ikut jalan persekutuan Karak - Gambang tentu akan melalui simpang ke kpg ni. Aku yg selalu berulang - alik dari KL - Kuantan selalu tertanya2 pasal tanah rancangan ni, agak2nya la kan org2 kt tanah rancangan ni asal dari New Zealand kot? Aku agak saja la, aku tak tau asal usul nama kpg ni. Hehe.. Felda Kpg New Zealand, mesti kena cakap mat saleh kan kat situ? Agaknya la...

Khamis, 8 Januari 2009

Suarakan Bantahan Anda Melalui Kuasa Pengguna. BOIKOT!


Gambar persediaan demonstrasi boikot terpilih produk berkepentingan yahudi anjuran PPIM di masjid negara selepas solat jumaat hari ini.

Boikot Terpilih Produk Berkepentingan Yahudi!


Starbucks Coffee, Colgate & Coca-cola adalah antara produk2 yg mempunyai kepentingan yahudi dan sekutunya. Membeli produk tersebut sama seperti menyokong kekejaman yahudi terhadap kemanusian & umat Islam. Rasional boikot milik / kaitan rapat yahudi: kita mempunyai byk produk Islam, ini adalah tanggungjawab kita semua, bersama hapuskan kekejaman demi kemanusiaan. Lakukan JIHAD EKONOMI skrg.

Sabtu, 3 Januari 2009

Roti Tisu


Roti tisu kat kayu nasi kandar, bkt jambul. Penuh dgn kolestrol, gula yg tinggi dan bermacam2 lagi. Tapi syiok ooo....

Ikan Segar


Jualan ikan segar kat Pantai Tanjung Puteri, Melaka. Kat kawasan sini org ramai banyak beli hasil laut di pantai dari beli kat pasar (kat BM org panggil market!) Kata diaorg ikan segar dr laut. Tapi kalau kat market BM segar jugak; tapi segar dari lori siam!