Khamis, 3 September 2009

Berbuka Apa Petang Ini?


BERBUKA APA PETANG INI?
bagaimana agaknya petang ini di jenin
bagaimana agaknya petang ini di gaza
bagaimana agaknya petang ini di jalalabad
bagaimana agaknya petang ini di kabul
berbuka puasa apa petang ini di baghdad?
mereka yang di bagram
mereka yang diguantanamo
mereka yang di evin
mereka yang di kamunting
agaknya pukul berapa mereka bersahur?
sebelum memakan sebutir tamar
sebelum meneguk secangkir serbat
sebelum menggigit seketul apam
sebelum menghisap sebatang keretek
ketika berbuka petang ini
ketika memandang juadah terhidang
ketika menunggu loceng berbunyi
ketika siang berganti senja
tanyakan pada diri...
apa dia berbuka di kamunting?
apa dia berbuka di guantanamo?
apa dia dia berbuka di evin?
apa dia berbuka di bagram?
selesai bertanya nikmatilah juadah...

Tiada ulasan: